Monday, January 24

Papan kenyataan LPS.

Papan kenyataan pengawas telah dikemas kini.
Anda boleh menyaksikan nostalgia hi-tea pengawas 2010 di sana.
Oleh itu, rajin-rajinlah berkunjung ke hadapan bilik pengawas.
Sekian sahaja cerita pada hari ini.

Salam sayang,
Ketua Unit ICT dan Fotografi.

Friday, January 21

Hello prefects and other viewers,

First of all,

my apologies to all the prefects of SMK Section 19 for the malfunctioning of this blog. We regret for all the inconvenience caused. I understand that this blog has not been written consistently for a very long time. And yes, we are to be blamed.

Therefore, we
the Cheif Unit of ICT and Photography,
are really sorry for the late updates.

Please give us some time to make this whole profile alive again. We, too hope to see improvement. If there are any ideas or suggestions, feel free to leave a comment. Your way of thinking is well appreciated.

We will also try our best to lead a better example.
Let us look forward to a new leadership in the year 2011.

Wednesday, January 19

2011,

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia kawan-kawan. Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19 bermula dengan episod baru pada ambang 2011. Kita sedia maklum bahawa SMK Seksyen 19 telah berubah wajah dan visi dan misi juga telah bertukar. Hal ini bersesuaian dengan hasrat sekolah untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

Ayuh, lembaga pengawas perlu menanam azam baru untuk meneruskan legasi disiplin yang selama ini dijunjung. Kepemimpinan lembaga pengawas perlu dipertahankan agar murid-murid sekolah ini menghormati badan pengawas. Kami, anggota pengawas akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bawah pimpinan Puan Zubaidah Zakaria.

Sebagai ibu kepada badan pengawas, kami amat berbangga kerana Puan Zubaidah telah mengatur strategi baru untuk menambah baik kepimpinan pengawas. Tahniah kepada anda semua kerana tidak berputus asa dalam menjalankan tugas seharian.

Oh ya! Tahniah juga kepada semua AJK Lembaga Pengawas sesi 2010/2011. Nak tahu tak? Hi-tea Pengawas telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara pengawas lama dan baru. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah berjaya menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini.

Seperti yang anda sedia maklum, kami, AJK pengawas telah melakukan pelbagai sistem untuk menaikkan imej pengawas di sekolah. Antaranya ialah Sistem Perhimpunan Rasmi dan Sistem Farhan. Kami juga akan menyediakan "Book of communication" untuk para pengawas membuat catatan dalam setiap perjumpaan pengawas.

Baiklah, sekian sahaja cerita pada hari ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sayang,
Ketua Unit ICT dan Fotografi.